dan perkara pertama yang menjadikan aku tertanya-tanya mengapakah ianya Araf (Tempat-tempat yang tinggi). dan ayat 13-20 sendiri merupakan ayat2 yang tinggi, dan menceritakan keadaan tempat2 yang tinggi serta kedudukan-kedudukan yang tinggi. Maksud Araf sendiri tengah mengujakan aku. Tempat2 yang tinggi, makam tinggi>paradise>hati yang tidak tercemar.
dan ayat-13-20 antara lainnya menceritakan Syaitan/Iblis yang tidak mahu mengikut perintah Allah dan dihumban ke neraka, tetapi ia meminta ditangguhkan penerakaan itu dan menganggu anak adam hingga hari kiamat. (salah satu sikap syaitan/iblis yang asal ialah tidak mahu mengikut perintah dan meminta-minta - tidak redha - itu adalah salah satu sikap buruk tertinggi syaitan/iblis- manusia perlu mengambil iktibar). Adam dah hawa dimasukkan ke syurga tetapi iblis ini meracuni pemikiran Adam/hawa untuk memakan buah itu (sedangkan banyak makanan lain-dan makanan itu dilarang sama sekali) - lalu iblis melalui tipu daya mengatakan Allah melarang tidak lain dan tidak bukan adalah untuk tidak menjadikan manusia itu malaikat ataupun kekal abadi. - salah satu sikap iblis tertinggi ketiga adalah tipu daya ( sanggup menipu dengan nama Allah - manusia patut ambil pengajaran).
* sinopsis - manusia sememangnya lahiriah dilahirkan Allah untuk mengidami yang bathil sedangkan yang bathil itu kadang2 bukanlah sesuatu yang enak. Aku mengambil contoh diri ini yang telah berkahwin. Walaupun berkahwin, apabila melihat perempuan yang bukan muhrim mengapa nafsu ini bergelojak, sedangkan jika melihat isteri sendiri tidaklah sehebat itu?. Dahulu semasa belum kahwin, aku melihat isteri aku juga hebat begitu. Setelah berkahwin seperti biasa sahaja. Dan ini merupakan angkara iblis yang menganggu nafsu aku. Sama seperti semasa Adam/Hawa - dan hawa digoda terlebih dahulu sebelum adam mengikut hawa. Itulah yang berlaku dalam diri ini. Hawa nafsu yang didorong oleh Syaitan. setelah mengkaji ayat ini, aku sebenarnya patut bersyukur, dan lebih baik menjauhi maksiat. Sedangkan Allah telah memberikan aku Isteri untuk 'bercucuk tanam' dan 'bersenang2 keatasnya' dan itulah yang patut aku lakukan. Dan kes Adam/Hawa adalah kunci kepada pengajaran ini. Semasa zaman Adam, nabi Adam belum ada pengajaran sebab dia adalah umat pertama. Jadinya kira belum ada pengajaran. dan bagi manusia biasa macam aku yang ada pengajaran semacam ini, adalah baik untuk aku menjauhi. dan sekiranya aku berjaya, aku mungkin adalah antara manusia yang Allah maksudnya berada di TEMPAT-TEMPAT YANG TINGGI.
wawlahuaklam.
No comments:
Post a Comment