Monday, August 24, 2009

H1N1 tatkala bulan puasa

- Sepertimana kujangkakan, H1N1 akan melemah kala Ramadhan ini.

-- > Menteri Kesihatan, menjangkakan H1N1 akan semangkin mengganas musim tengkujuh ini, tetapi aku menjangkakan tidak!. Sebaliknya melemah disebabkan Ramadhan. Ini disebabkan faktor-faktor Ramadhan yang menjadikan antibodi Muslim di Malaysia lebih kuat, jika kita lihat, 3 hari awal Ramadhan tiada kematian akibat H1N1 di Malaysia. Secara amnya, banyak orang Islam tak sembahyang atau tutup aurat kat Malaysia, tetapi secara yang hebatnya... mereka2 ini ini berpuasa dan tak lupa jugak mengamalkan sunnah, makan manisla, buka sedikit dulu la, sahur lambat la, Sedangkan tengah bercakap tu, pakaian tetap seksi.

Unjuran daripada puasa ini, antibodi kebanyakan rakyat Malaysia majoriti Melayu jadi kuat, disamping kurangnya aktiviti yang banyak. Lebih2 lagi ditambah senaman tarawih di malam hari, ini akan menambahkan kekuatan umat Islam. Aku masih teringat zaman dahulu nabi dimana nabi pilih pejuang yang kurus2 dihadapan dan apabila ditanya oleh para sahabat,.. beliau menjawab, mereka2 itu adalah mereka2 yang berpuasa di siang hari dan beribadah kuat pada malam harinya - salah satu kejayaan kebanyakan perjuangan nabi.

Jadi nasihat adalah, jika pergi ke bazar ramadhan berhati2lah kerana pasar merupakan salah satu tempat yang nabi paling x suke pergi (mungkin nabi tahu H1N1 akan muncul ke!). dan berakhir sahur dan mula buka dengan tamar kerana ada hikmah disebaliknya (tamar dan yang manis2 menguatkan antibodi) - ala2 red bull jugak, tapi ni ikut sunnah.

dan bertarawihlah pada malam hari, itu lebih baik bagi kamu dan lebih elok pula kesudahannya.

-- > kita lihat H1N1 pada syawal menjelang nanti, jika ikut teori semangkin serius! nak elakkan berziarah kene tengok status H1N1 ataupun adakah vaksin yang sebenarnya da release, antiviral tamiflu ni belum cukup power!. Untuk Syawal nanti eloklah puasa nam..... hehe! amcam ada brani sahut cabaran. Takbir!

Thursday, August 6, 2009

H1N1 - Antara Realiti dan Agama

- jika saya salah tolong betulkan.

Pandemik H1N1 menyaksikan penularan serius, dan US - Center Disease Control (CDC) sedang mengkaji vaksin untuknya. Antiviral hanya merupakan satu pilihan dan itupun bukan 100% berkesan, paling tinggi 90 % dicatatkan keberkesanan, itupun dalam bentuk serangan H1N1 belum bermula ataupun baru bermula.

-- sememangnya kita tiada kuasa, Allah Maha Berkuasa. Setelah melihat sumber bagi menangani isu ini. ianya boleh dikaitkan dengan solat 5 waktu dan penutupan aurat (terutamanya wanita). Pandemik ini menyaksikan H1N1 menyerang semua peringkat umur dan bagi yang lemah antibodi (orang tua, wanita dan kanak2). Salah satu kriteria yang dikaitkan adalah di hari kiamat nanti yang tinggal hanya yang kuat2 dan mereka ini akan berperang. Ini adalah salah satu wabak akhir zaman.

-- bagi umat islam, kebersihan dan kesucian merupakan pokok pangkalnya. Kita akan bersuci (mengambil wuduk)

-- MASA WUDUK - 5 hari sekali. 6 pg > 1.30 tgh > 4.30 ptg > 7.30 mlm > 8.30 mlm. Secara teori sela waktu itu adalah merupakan waktu yang kritikal telah Allah tentukan untuk mengelakkan diri dari H1N1 ini juga. 7 jam untuk lepas subuh, dan mandi nak pergi kerja. selepas itu zuhor ke asar merupakan waktu kritikal yang banyak aktiviti H1N1 dan kita akan berwuduk lagi selang 3 jam, and then asar maghrib lagi 3 jam (waktu kritikal aktiviti). jadi kita disarankan dalam Islam untuk solat pada waktunya. Sahabat nabi pernah bertanya apakah ibadah yang paling afdhal mengikut turutan ?.. nabi menjawab " solat pada waktunya,....". jadi baik solat pada waktunya agar kita terlindung.

-- EXERCISE - selepas wuduk (membersihkan kuman H1N1) maka kita akan bersolat, solat merupakan aktiviti lahiriah dan batiniah. Mana2 muslim yang berjaya melawan godaan syaitan untuk melewatkan solat, secara amnya akan menguatkan lagi antibodi manusia. dan senaman yang dilakukan pastinya akan lebih menguatkan lagi antibodi selain ianya sememangnya suruhan dalam Islam.

-- TUTUP AURAT - Muslim Face Mask! - Memandangkan antibodi wanita lemah, maka Islam menetapkan corak menutup yang penuh bagi wanita. Melabuhkan sehingga paras bawah dada. Bagi lelaki memadai pusat hingga lutut (boleh dijadikan kayu ukur antibodi wanita dan lelaki). Jika merenung mengenai pakaian PURDAH - Nah! purdah itulah Face Mask wanita Muslim.
-- kopiah/serban/tutup kepala masuk bilik air - Islam mengalakkan pemakaian kopiah/serban - pada asalnya adalah untuk mengelakkan rambut menutupi dahi ketika sujud. Sekarang hikmah ini terbongkar dimana H1N1 perlu mengelakkan diri dari tempat orang ramai. Bagi Islam, jemaah itu 27 kali ganda pahala dari di rumah. Jemaah ni jika memakai kopiah/serban maka akan lebih terlindung kerana kuman lebih mudah menyerap di bahagian kepala (rambut) selepas mulut dan hidung. Disamping itu, corak susun atur jemaah kemas dan jika susunan betul, maka mereka tidak akan berhadapan sesama sendiri dalam jarak 2 meter (CDC melaporkan jarak sekurang-kurangnya 1 meter). penjemaahan ini akan meningkatkan kadar antibodi manusia sekiranya dilakukan selalu , (ini selalu berlaku dalam perubatan dimana sekiranya ubat yang sama asyik diguna, maka penyakit itu akan tegar terhadap ubat tersebut). Begitu juga antibodi, jika solat menjarakkan diri dengan selamat dan sedang membina antibodi. (Kekuatan umat islam sebenarnya akan dibina melalui jemaah ini untuk berperang apabila akhir zaman nanti kebanyakan lelaki gagah dan kuat muslim akan dibimbing oleh Imam Mahdi). Kita risau sekiranya orang kafir akan menyatakan tidak boleh berkumpul di masjid2 sebab kawasan ramai sedangkan mereka tidak tahu kelebihannya ataupun mereka buat-buat tidak tahu untuk mengelakkan Islam itu berkembang.
-- pada akhir zaman umatku amat banyak seperti buih dilautan tetapi lemah.

-- menutup kepala adalah sunat dalam Islam ketika masuk ke tandas ataupun bilik air, ini kerana tempat tersebut sejuk yang menjadikan aktiviti H1N1 lebih aktif dan penutupan kepada adalah salah satu ajaran yang tersangat baik. jadi guna penutup kepala ketika ke toilet



-- PUASA - salah satu option sunat adalah tatkala berpuasa, berpuasa akan menguatkan lagi mental seterusnya antibodi muslim. Jika kita lihat kes berkemungkinan kurang kes muslim yang mukmin terlibat. Apabila manusia berpuasa, mereka akan dalam keadaan rehat (tidak banyak aktiviti). Banyak aktiviti akan melibatkan respirasi yang banyak dan menyebabkan H1N1 aktif. Jadi kehampiran bulan ramadhan ini merupakan pandemik yang sesuai untuk orang muslim mendindingkan diri secara batiniah dan lahiriah. tapi US menanti untuk menguji H1N1 tu pada musim luruh dan musim panas (entah2 mereka ini dah tau tentangpuasa ni tapi x nak bg tau-kononnya cakap tunggu luruh ataupun panas - logik gak idea tu).

Wednesday, August 5, 2009

Antara Realiti dan Hakikat

Assalamualaikum wbt.
Bermuhasabahlah diri tatkala kita @ manusia terasa amat daif terhadap alam ini. Alam ini fana! dan musuh yang nyata adalah Syaitan. A'uzubillah himinassyaitanirrajim.

Antara kebenaran, apa yang terjadi, apa yang berlaku di sekeliling kita memiliki rantaian perkaitan. Allah yang Maha Agung takkan jadikan sesuatu dengan sia-sia. Dan manusia cuba melalui semua itu, semua yang lahir itu benar, dan yang tidak nampak itu samar, sekalipun ilmu samar ini Allah tidak mahu manusia mengkajinya. Contohnya ruh! amat sedikit ilmu yang Allah berikan kepada manusia, dan manusia diarah kepada yang zahir, sementara ianya akan menjadikan yang batin.

Aku hanya menjangkakan kemungkinan, ..dan membaca kitab kehidupan.... apa yang baik dari Allah dan yang buruk juga dari Allah (dan dizahirkan kepada aku - insan yang amat lemah). Dan Al-Quran sendiri mengajar umatnya agar jangan melakukan sesuatu kerana bersangka-sangka. Lalu sesuatu yang berlaku itu ada perkaitan. Ya Allah! ampunilah dosa hambamu ini sekiranya aku tertedas dalam menukilkan tinta ini di blogspot.