- jika saya salah tolong betulkan.
-- sememangnya kita tiada kuasa, Allah Maha Berkuasa. Setelah melihat sumber bagi menangani isu ini. ianya boleh dikaitkan dengan solat 5 waktu dan penutupan aurat (terutamanya wanita). Pandemik ini menyaksikan H1N1 menyerang semua peringkat umur dan bagi yang lemah antibodi (orang tua, wanita dan kanak2). Salah satu kriteria yang dikaitkan adalah di hari kiamat nanti yang tinggal hanya yang kuat2 dan mereka ini akan berperang. Ini adalah salah satu wabak akhir zaman.
-- bagi umat islam, kebersihan dan kesucian merupakan pokok pangkalnya. Kita akan bersuci (mengambil wuduk)
-- MASA WUDUK - 5 hari sekali. 6 pg > 1.30 tgh > 4.30 ptg > 7.30 mlm > 8.30 mlm. Secara teori sela waktu itu adalah merupakan waktu yang kritikal telah Allah tentukan untuk mengelakkan diri dari H1N1 ini juga. 7 jam untuk lepas subuh, dan mandi nak pergi kerja. selepas itu zuhor ke asar merupakan waktu kritikal yang banyak aktiviti H1N1 dan kita akan berwuduk lagi selang 3 jam, and then asar maghrib lagi 3 jam (waktu kritikal aktiviti). jadi kita disarankan dalam Islam untuk solat pada waktunya. Sahabat nabi pernah bertanya apakah ibadah yang paling afdhal mengikut turutan ?.. nabi menjawab " solat pada waktunya,....". jadi baik solat pada waktunya agar kita terlindung.
-- EXERCISE - selepas wuduk (membersihkan kuman H1N1) maka kita akan bersolat, solat merupakan aktiviti lahiriah dan batiniah. Mana2 muslim yang berjaya melawan godaan syaitan untuk melewatkan solat, secara amnya akan menguatkan lagi antibodi manusia. dan senaman yang dilakukan pastinya akan lebih menguatkan lagi antibodi selain ianya sememangnya suruhan dalam Islam.
-- TUTUP AURAT - Muslim Face Mask! - Memandangkan antibodi wanita lemah, maka Islam menetapkan corak menutup yang penuh bagi wanita. Melabuhkan sehingga paras bawah dada. Bagi lelaki memadai pusat hingga lutut (boleh dijadikan kayu ukur antibodi wanita dan lelaki). Jika merenung mengenai pakaian PURDAH - Nah! purdah itulah Face Mask wanita Muslim.
-- kopiah/serban/tutup kepala masuk bilik air - Islam mengalakkan pemakaian kopiah/serban - pada asalnya adalah untuk mengelakkan rambut menutupi dahi ketika sujud. Sekarang hikmah ini terbongkar dimana H1N1 perlu mengelakkan diri dari tempat orang ramai. Bagi Islam, jemaah itu 27 kali ganda pahala dari di rumah. Jemaah ni jika memakai kopiah/serban maka akan lebih terlindung kerana kuman lebih mudah menyerap di bahagian kepala (rambut) selepas mulut dan hidung. Disamping itu, corak susun atur jemaah kemas dan jika susunan betul, maka mereka tidak akan berhadapan sesama sendiri dalam jarak 2 meter (CDC melaporkan jarak sekurang-kurangnya 1 meter). penjemaahan ini akan meningkatkan kadar antibodi manusia sekiranya dilakukan selalu , (ini selalu berlaku dalam perubatan dimana sekiranya ubat yang sama asyik diguna, maka penyakit itu akan tegar terhadap ubat tersebut). Begitu juga antibodi, jika solat menjarakkan diri dengan selamat dan sedang membina antibodi. (Kekuatan umat islam sebenarnya akan dibina melalui jemaah ini untuk berperang apabila akhir zaman nanti kebanyakan lelaki gagah dan kuat muslim akan dibimbing oleh Imam Mahdi). Kita risau sekiranya orang kafir akan menyatakan tidak boleh berkumpul di masjid2 sebab kawasan ramai sedangkan mereka tidak tahu kelebihannya ataupun mereka buat-buat tidak tahu untuk mengelakkan Islam itu berkembang.
-- pada akhir zaman umatku amat banyak seperti buih dilautan tetapi lemah.
-- menutup kepala adalah sunat dalam Islam ketika masuk ke tandas ataupun bilik air, ini kerana tempat tersebut sejuk yang menjadikan aktiviti H1N1 lebih aktif dan penutupan kepada adalah salah satu ajaran yang tersangat baik. jadi guna penutup kepala ketika ke toilet
-- PUASA - salah satu option sunat adalah tatkala berpuasa, berpuasa akan menguatkan lagi mental seterusnya antibodi muslim. Jika kita lihat kes berkemungkinan kurang kes muslim yang mukmin terlibat. Apabila manusia berpuasa, mereka akan dalam keadaan rehat (tidak banyak aktiviti). Banyak aktiviti akan melibatkan respirasi yang banyak dan menyebabkan H1N1 aktif. Jadi kehampiran bulan ramadhan ini merupakan pandemik yang sesuai untuk orang muslim mendindingkan diri secara batiniah dan lahiriah. tapi US menanti untuk menguji H1N1 tu pada musim luruh dan musim panas (entah2 mereka ini dah tau tentangpuasa ni tapi x nak bg tau-kononnya cakap tunggu luruh ataupun panas - logik gak idea tu).
No comments:
Post a Comment