Wednesday, August 5, 2009

Antara Realiti dan Hakikat

Assalamualaikum wbt.
Bermuhasabahlah diri tatkala kita @ manusia terasa amat daif terhadap alam ini. Alam ini fana! dan musuh yang nyata adalah Syaitan. A'uzubillah himinassyaitanirrajim.

Antara kebenaran, apa yang terjadi, apa yang berlaku di sekeliling kita memiliki rantaian perkaitan. Allah yang Maha Agung takkan jadikan sesuatu dengan sia-sia. Dan manusia cuba melalui semua itu, semua yang lahir itu benar, dan yang tidak nampak itu samar, sekalipun ilmu samar ini Allah tidak mahu manusia mengkajinya. Contohnya ruh! amat sedikit ilmu yang Allah berikan kepada manusia, dan manusia diarah kepada yang zahir, sementara ianya akan menjadikan yang batin.

Aku hanya menjangkakan kemungkinan, ..dan membaca kitab kehidupan.... apa yang baik dari Allah dan yang buruk juga dari Allah (dan dizahirkan kepada aku - insan yang amat lemah). Dan Al-Quran sendiri mengajar umatnya agar jangan melakukan sesuatu kerana bersangka-sangka. Lalu sesuatu yang berlaku itu ada perkaitan. Ya Allah! ampunilah dosa hambamu ini sekiranya aku tertedas dalam menukilkan tinta ini di blogspot.

No comments:

Post a Comment